Mengenai Kami

Sejarah Ringkas

Koperasi Makmur Melaka Berhad ditubuh pada 31 Mei 1997 bertempat di bangunan Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Mempunyai seramai 318 orang anggota KOPERMA. Anggota KOPERMA terdiri daripada anggota MBMB sahaja.

Mengikut Perakuan Pendaftaran Akta Koperasi 1993, adalah dengan ini diperakui bahawa Koperasi Makmur Melaka Berhad didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad.

Ucapan Pengerusi

Assalamualaikum warahmatullah..dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurniaNya, KOPERASI MAKMUR MELAKA BERHAD (KOPERMA), ditubuhkan pada 10 April 1997.

Koperasi adalah pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-angotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi, yang mana hendaklah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.

Koperasi juga merupakan satu badan yang bertindak sebagai ejen penggerak suatu projek yang tidak boleh dilaksanakan secara individu, tetapi boleh dilaksanakan secara berkelompok atau perkongsian.

Saya serta seluruh warga Koperasi sentiasa berdoa agar semoga semua anggota berupaya meningkatkan ekonomi masing-masing sekaligus menyumbang kepada pertubuhan ekonomi dan martabat Negara.

”SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU”


Sekian, terima kasih

Ybhg. Datuk Wira Hj. Zaini Bin Md Nor
Pengerusi,
Koperasi Makmur Melaka Berhad

 

Statistik Berdasarkan Angka

4800 +
Produk Jualan
+
Jumlah Pinjaman
+
Bilangan Ahli
5/5
Mesyuarat Agung Kali Ke 24, pada 30 Ogos 2023 di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka. Antara gambar sepanjang mesyuarat agung dijalan sebelum dan selepas.
Koperasi Makmur Melaka
Shopping Cart