Kelayakan
Anggota (menurut Undang-Undang Kecil KOPERMA)
Anggota-anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan koperasi dan seseorang yang diterina menjadi anggota menurut Peraturan dan Undang-Undang Kecil koperasi selepas pendaftaran.
Kelayakan Menjadi Anggota KOPERMA
- Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada anggota MBMB.
- Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:-
- Warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi ini dan
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Permohonan Menjadi Anggota
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada Setiausaha Koperasi atau Pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan. Borang hendaklah dicetak dan diisi oleh pemohon dan dihantar kepada Koperasi Makmur Melaka Berhad (KOPERMA) Graha Makmur, No 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.Nota: Boleh terus save fail pdf Borang Permohonan Anggota di kotak dibawah,cetak, isikan borang tersebut dan hantar ke Pejabat Koperma