Tn. Hj Rosli bin Buang, Timbalan Pengerusi dan En. Jailani bin Md Ali, Anggota Lembaga Koperasi telah menyampaikan sumbangan khairat kematian dan penyerahan saham yuran kepada isteri Allahyarham Othman bin Md Sidik.
Allahyarham Othman bin Md Sidik merupakan anggota Koperasi Makmur Melaka Berhad (KOPERMA) telah meninggal dunia pada 06 JULAI 2023.
Turut hadir Pn. Marbiyah binti Rahman, Pengurus KOPERMA,Pn.Norrazilah binti Md Razib,Pembantu Tadbir Pentadbiran dan Pn. Siti Norafiza binti Mat Lawa, Pembantu Tadbir Operasi.